Selepas 2 bulan lebih beroperasi, sekarang dah ada pekerja untuk membantu tugas-tugas perah santan. Jadi, ringanlah sikit kalau ada pembantu ni.
Ini kira yang kedua sebab yang pertama, kira berpengalaman dalam hal proses santan ni namun datang kerja lewat. Bisnes bermula pukul 7 tapi datang pukul 8. Hari pertama boleh bagi peluang lagi. Hari kedua datang jam 7.30. Terus bagitau, hari ni abang baliklah. Dah lewat. Kalau nak kerja, esok datang pukul 7 pagi. Keesokkan harinya terus tak datang. Terpulanglah.
So, yang tengah kerja sekarang ni oklah. Tengah tunggu SPM. Nak cari pengalaman. So, bagilah peluang walaupun selepas ni dah dapat result dia akan berhenti. Kena bersedia dari sekaranglah.
Apa-apa pun inilah santan yang dihasilkan dan kelapa untuk hasilkan santan. Bisnes pun semakin meningkat. Syukur pada Allah. Alhamdulilah.


No comments:
Post a Comment