Wednesday, 26 December 2012

Perihal Sampah

Setiap kali selepas kemas dan cuci mesin, seperti biasa apa-apa bahan buangan akan aku bungkus dan buang kat tempat pembuangan sampah. Apa yang menarik setiap kali aku nak pi buang sampah tu, terdapat satu keluarga yang aku perhatikan tiap-tiap hari menyelongkar sampah sarap tersebut. Ada dua orang perempuan dan 2 budak lelaki.

Terus bermain dalam fikiran aku, mulia kerja-kerja mereka ni. Sangup bergelumang dengan benda kotor untuk mendapatkan rezeki. Berhempas pulas dengat keringat yang ada. Bila difikir semula kerja mereka lebih baik daripada mereka yang kerja makan gaji tapi banyak memgular jer. Tiap bulan dapat gaji tapi produktiviti entah ke mana.

Di kawasan berdekatan juga dengan tempah pembuangan sampah, ada seorang remaja lelaki yang aku perhatikan hari-hari asyik duduk atas satu kerusi dan melaksanakan aktiviti harian beliau. Aku rasa dia pun mencari rezeki dengan sampah sarap juga namun setiap kali aku pi buang sampah lebih kurang jam 12.30, aktiviti yang sama dilakukannya. Dia tak kacau orang lain namun aktiviti beliau terlalu terbuka dan dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang. Seperti biasa memegang bungkusan plastik dan dimasukkan ke dalam mulutnya untuk disedut. Janji high. Aku nak tegur, risau juga nanti tak pasal-pasal disalah anggap pula.

Aku sekarang ni sorang-sorang jer buat kerja proses santan ni. Tak ada pekerja lagi. Penat juga. Terlintas juga nak ambil mereka kerja dengan aku tapi aku sanggup atau mereka nak ker? Nanti budak remaja tu buat hal kat kedai aku atau satu keluarga tu berkampung kat kedai aku pulak. Nantilah aku buat pertimbangan dulu.

Berbalik proses santan ni, selepas parut kelapa pakai mesin parut seperti biasalah, peringkat akhir adalah perah. Guna mesin juga. Angkat kelapa parut dan masukkan ke dalam mesin perah santan. Dapatlah hasilnya... santan ori punya... Apa-apa pun, ini juga mesin... kena beringat juga... malang tak berbau... jangan selalu alpa...

 
 
chhhoooowwwwwww............

Wednesday, 19 December 2012

Santan Basi dan Berketul

Apa tak kena hari, dua tempat yang aku hantar santan buat aduan santan lain macam. Tauke kedai makan tunjuk kat aku santan yang aku hantar hari isnin basi 4 paket yang harga seringgit. Sepatutnya dah letak dalam peti sejuk walaupun 5 hari tentu masih ok tapi yang ini sebaliknya. So aku ambil balik dan bayar semula. Dia pun dah tak jadi ambil santan dengan aku. Dia tak nak tak apa kerana rezeki Allah ada kat mana-mana tapi risau tanggapan pelanggan kerana baru nak mula bisnes dah ada masalah. kalau dia bercakap dengan lain-lain pelanggan, buruk gak reputasi bisnes ni.

Tauke kat pasar pula bagi tau pelanggan buat aduan macam ada tepung dalam santan. Aku belek memang ada berketul-ketul halus tapi bukan tepung. Macamana ada tepung ? Aku punya santan ori punya. Tak ada campur apa-apa. Lepas proses terus bungkus. tak tahu apa silap jadi macam tu.

Mungkin ini dugaan awal. Mungkin aku ada buat silap masa proses santan atau tinggal lama sangat terdedah pada matahari. Walau bagaimana pun esok kena periksa betul-betul apa masalahnya dan cuba perbaiki. biasalah baru mula. banyak mende tak taulah. Kursus pun tak pernah pergi. Alih-alih dah start jual santan.

Harap-harap ini memberi pengajaran. Orang tak beli tak apa janji tak ada orang bercakap tentang santan PASAR MINI COMEL cepat basi.

Apa-apa pun layan video klip ni. Lepas pecahkan tempurung dan belah isi kelapa tiba masanya nak parut pulak. Inilah mesin yang aku cakapkan tempohari. Bukan mesin parut biasa. Yang ini lagi laju dan cepat serta lebih selamatlah bagi aku.... Tapi apa-apa pun kena beringat selalu... Ini mesin.. kalau alpa tentu nasib tak baik juga...

 
 
chhhhhhhhooooooooooowwwwwwwwwwwwwwww..........

Tuesday, 11 December 2012

Bisnes Masih Perlahan

Dalam dua minggu perniagaan dilaksanakan, ada sedikit peningkatan tetapi masih perlahan. Dah ada 3 pelanggan tetap tapi ambil tak banyak. Kat pasar 2 kilo, penjual nasi lemak 1 kilo dan penjual nasi dagang 1 kilo. Kira oklah dari tak ada apa-apa.

Dalam proses nak dapat santan mula-mula kena pecahkan tempurung kerana tak pakai mesin parut yang biasa (nanti kita tengok mesin parut tu). So, macamana nak pecahkan... tengok klip ni tapi kena hati-hati guna mesin ni... beringatlah selalu...

 
 
chowwwwwwww......

Monday, 3 December 2012

Start Bisnes

Alhamdulilah....

Hari ni mula bisnes semula.... Untuk permulaan hari ada tiga pelanggan namun keperluan pelanggan jarang dijangka. Lain yang kita sediakan lain pula keperluan mereka. Namun demikian, pelanggan selalunya betul. Janji masyuk...............

Choooowwwwwww..............