Wednesday, 28 November 2012

Masih Belum Buka

Minggu lepas satu minggu tak buka. Minggu ni buka sekejap hari Isnin tapi ada masalah dan hingga ke hari ni belum buka. Macamana pelanggan nak usha kedai ni. Asyik tutup jerrr. Dari mula bisnes mulai 17 Nov 12, hanya dua hari baru yang betul-betul buka dari pagi sampai petang. Kalau meniaga macam ni macamana nak asyuk.......

Tempat Meniaga


Minggu depan kot....................

Chowwwww.............................

Tuesday, 27 November 2012

Bersunat

Hari ni cerita pasal perkara lain sikit...........

Hari ni dah 6 hari anak aku selesai menjalani urusan bersunat. Umur 8 tahun tapi memang rasanya dah sesuai untuk bersunat. Hari bersunat, Khamis lepas dia sorang je nangis daripada 63 orang kanak-kanak yang bersunat. Risau jugak takut mempengaruhi budak-budak lain. Namun semua berjalan dengan baik walaupun terpaksa memujuk selama 2 jam.

Cara baru dalam tempoh berpantang kerana tiada tempat untuk mengantung kain..........

 
 
Selepas 6 hari dengan bangganya berkata "Ayah, boboy dah boleh pakai seluar. Lepas ni boleh pi main air kat Tambun". Seronok jer nampaknya. In Sha Allah nanti dah betul-betul sihat kita pi Tambun.
 
 
Choooowwwwwwwww.................

Monday, 26 November 2012

Proses Meniaga

Hari ni juga MPM datang melawat kat kedai.... katanya untuk membuat pemeriksaan. Ada tanya macam-macam soalan seperti kat mana buang air kelapa.? Tempurung buang kat mana.? dan macam-macam lagi....

Memang proses kat MPM macam ni ker? Mereka akan datang periksa kat kedai lepas kelulusan perniagaan diberikan?

Nanti kena semak dengan kawan-kawan yang dah berniaga....

Chowwwwwww..............

Bisnes Produk Dari Buah Kelapa

Nak buat bisnes kelapa, mesti kena kenal dan tau jenis-jenis kelapa. Kat mana nak cari maklumat-maklumat ni semua ? Tentulah kat internet..... tanya je Lebai Google..... macam-macam boleh dapat.


 
 
Jadi apa yang boleh terhasil daripada kelapa ni ? Macam-macam juga...
 
  1. Dah tentu santan yang diperlukan oleh semua.
  2. Kerisik yang menambahkan citarasa.
  3. Tempurung boleh buat arang.
  4. Hampas kelapa untuk ternakan itik.
  5. Sabut boleh dibuat macam-macam keperluan.
  6. Kelapa muda boleh jadikan Jelly dan Coconut Shake.
  7. Dan banyak lagi. 
Bisnes dah bermula pada 17 Nov 2012 tapi bukak tak tentu hari lagi kerana uruskan keperluan lain. Banyak hari tutup dari bukak. In Shaa Allah bulan Disember nanti bisnes akan dilaksanakan seperti yang dirancang dan cuti hanya pada Hari Jumaat.

Kat mana tempat meniaga ni? Nantikan akan dimasukkan dalam post seterusnya.

Chowwwwwww.........